Monday 29 April 2013

Antara cuaca & alam





DUNIA dikejutkan dengan peristiwa ribut matahari yang berlaku awal tahun ini. Namun sekali lagi pada Khamis lepas kejadian itu berulang dan dikatakan antara yang paling kuat dalam tempoh enam tahun.
Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari dan seterusnya mengakibatkan letusan.

Kesan radiasi akibat letusan tersebut akan menghentam Bumi dengan tiga kesan yang berbeza dalam tempoh yang berlainan. Ia akan menyebabkan gangguan kepada satelit dan angkasawan yang berada di angkasa lepas. Selain itu ia juga akan mengakibatkan gangguan komunikasi untuk kapal terbang yang sedang melakukan penerbangan.
 
Ribut suria juga boleh menghasilkan cahaya utara ataupun aurora yang menakjubkan di langit sehingga jauh ke selatan dan bahagian utara hemisfera Bumi. Jika berlakunya ribut solar, hanya bahagian matahari yang paling hampir dengan Bumi dan menyemburkan tenaga akan dipantau.
Apabila semburan banyak dan kuat melanggar lapisan atas dan dinding magnet Bumi, ia mengakibatkan ribut geomagnetik. Ribut matahari biasanya tidak memberikan kesan langsung kepada negara-negara di kawasan Khatulistiwa.

Biasanya kawasan berhampiran Kutub Utara dan Kutub Selatan mendapat kesan langsung daripada ribut berkenaan.

Ubat tiruan pembunuh senyap

BERMULA dengan cakera padat cetak rompak kemudian pakaian, beg tangan dan jam tangan tiruan berjenama mewah. Kini jenayah terancang itu semakin berani apabila menjadikan ubat-ubatan sebagai 'mangsa' terbaru yang mampu memberikan mereka keuntungan berlipat kali ganda.
Dengan kos yang sangat kecil untuk pengeluaran ubat tiruan atau palsu, perdagangannya sangatlah menarik dan menguntungkan. Di sebalik keuntungan sesetengah pihak, kegiatan ini sebenarnya memudaratkan kesihatan pengguna ubat tiruan.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendefinisikan ubat tiruan sebagai produk tiruan yang disengajakan dan berlakunya penipuan label, pengenalan untuk menjadikannya seakan-akan yang tulen. Ini termasuklah kandungan dan kuantiti yang salah serta pemalsuan pembungkusan.

WHO menganggarkan sebanyak enam hingga sepuluh peratus iaitu bersamaan USD 35 bilion (RM 121.36 bilion) ubat -ubatan yang berada di pasaran dunia adalah tiruan . Angka tersebut adalah lebih tinggi di beberapa negara terutamanya di negara-negara sedang membangun di seluruh dunia.

Statistik rampasan ubat tidak berdaftar oleh penguatkuasa Bahagian Perkhidmatan Farmasi, kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011 adalah sebanyak 344 produk ubat-ubatan tiruan daripada 17,768 jumlah rampasan.

Melalui pengalaman bahagian Penguatkuasa Farmasi, jenis ubat tiruan yang popular ialah ubat perangsang seks, ubat menguruskan badan, ubat sakit sendi, ubat mengurangkan lemak, ubat untuk mengawal alahan, gatal-gatal dan ubat selesema serta batuk.

Ketua Penolong Pengarah Farmasi (Kuatkuasa), Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Mazlan Ismail memberitahu, pemalsuan dilakukan apabila produk tiruan itu menggunakan jenama dan produk yang sama dan menjualnya dengan nama produk tulen atau asal tanpa pengetahuan pengeluar produk tulen. Ubat tiruan ini menyerupai ubat tulen yang sememangnya telah diuji serta diluluskan untuk digunakan oleh masyarakat Malaysia.

" Ubat tiruan tersebut boleh dianggap sebagai parasit kerana menggunakan label serta nama dagangan yang sama dengan penyediaan tulen tetapi dikilangkan di premis yang tidak diluluskan serta menggunakan bahan mentah yang tidak berkualiti," jelasnya

Risiko penyakit Menurut Mazlan, ubat tiruan dikatakan berbahaya kerana boleh mengakibatkan peningkatan kos rawatan dan menghidap penyakit lambat atau sukar sembuh . Pengguna turut terdedah kepada bahaya bahan racun terkawal atau bahan tercemar.

Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada risiko menghidapi pelbagai penyakit seperti masalah buah pinggang, tulang rapuh, darah tinggi dan lumpuh.
Ini kerana ubat tiruan yang mengandungi logam berat dan bahan asing yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang pengguna.

"Walau bagaimanapun, organ ini tidak akan menunjukkan sebarang masalah atau kemerosotan sehinggalah hanya tinggal sebahagian kecil sahaja yang masih berfungsi. Sekiranya ini terjadi, kemungkinan besar organ tidak dapat diselamatkan lagi," katanya.

Lebih teruk, kesan ubat tiruan itu turut boleh mengakibatkan gangguan pemikiran otak. Kegagalan fungsi otak akibat pengambilan ubat tiruan boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk mengawal pergerakan tubuh mereka walaupun pergerakan yang kecil seperti menulis.

Ubat -ubatan tiruan sebenarnya tergolong dalam kategori racun yang boleh membawa maut kerana mengandungi bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan arsenik.

Sebagai contoh, jika seseorang itu mengambil ubat batuk tiruan yang mengandungi steroid, kesan yang mungkin dihadapi ialah tulang rapuh, muka bengkak dan darah tinggi.

BerdaftarMazlan seterusnya menjelaskan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan bertanggungjawab melalui peruntukan undang-undang mendaftar semua produk farmaseutikal yang ingin dipasarkan.

"Pada dasarnya semua produk farmaseutikal yang didaftarkan adalah selamat, berkualiti dan berkesan. Sikap tamak haloba serta tidak bertanggungjawab di kalangan segelintir masyarakat ini boleh menyebabkan kesihatan pengguna terjejas atau pengguna menghadapi risiko maut," jelasnya.

Sikap pengguna"Dengan sikap pengguna yang mempunyai tahap kesedaran yang lemah dan masih membeli ubat -ubatan tiruan di pasaran menjadikan kes-kes ubat tiruan semakin meningkat," katanya.
Tambahnya, jika perkara ini berlarutan dan tidak dikawal masyarakat akan lambat laun boleh menjadi kurang yakin terhadap keberkesanan pengambilan ubat sebagai penawar penyakit termasuk ubat tulen.
Seperti barang-barang tiruan lain, dengan kos yang rendah sebagai modal menyediakan ubat tiruan juga mempengaruhi peningkatan kes, malah bukti akan hilang setelah produk palsu digunakan menggalakkan lagi aktiviti pengeluaran. Aduan daripada pengguna sendiri banyak membantu pihak kementerian melakukan siasatan terhadap ubat tiruan .

"Antara langkah awal bagi mengenal pasti ubat tiruan adalah melalui pemerhatian kepada bungkusan luar seperti kotak ubat , bentuk dan rupa ubat serta kandungan ubat . Biasanya kualiti pada cetakan, bahan kotak, rupa bentuk ubat dan sebagainya pada ubat tiruan adalah pada tahap rendah. Belilah ubat - ubat dari pengedar yang sah dan boleh dipercayai," jelasnya.

Bagi memudahkan tindakan undang-undang diambil ke atas penjualan ubat tiruan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan telah melakukan pindaan undang-undang ke atas Akta Jualan Dadah.
Namun demikian, kesedaran orang ramai adalah penting dan laporan segera tentang ubat tiruan perlu diajukan terus kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan.

Mazlan menjelaskan, ubat tiruan dapat menipu pengguna terutamanya jika dibeli di tempat atau dari sumber yang tidak betul.
"Paling penting, pengguna perlu berhati-hati kerana ramai yang terpengaruh dengan iklan terutamanya golongan wanita," jelasnya.

Tambahnya, serbuan dan rampasan tidak dapat menghentikan penjualan produk palsu dan tiruan selagi pengguna tidak memahami bahayanya dan tetap memilih produk mengikut harga murah.
Namun, untuk memastikan produk ubat berdaftar dan tulen, perhatikan label pembungkusan pada kotak atau pembalut ubat dan pastikan ia mempunyai maklumat lengkap seperti nama pengeluar, pengilang, tarikh pembungkusan, tarikh luput, dan paling utama nombor pendaftaran serta hologram meditag KKM.
Jelas Mazlan, alat dekod meditag telah dibekalkan KKM secara percuma kepada kebanyakan farmasi di seluruh negara bagi membolehkan pengguna memeriksa ketulenan hologram KKM pada bungkusan ubat
Setakat ini, KKM telah mengedarkan meditag ke semua farmasi yang berdaftar dengan KKM.

4 LANGKAH GAYA HIDUP SIHAT

ADAKAH anda bangun tidur sebelum matahari terbit dan pulang ke rumah setelah terbenamnya matahari? Atau adakah anda sering bergegas dari satu mesyuarat ke mesyuarat yang lain setiap hari? Mungkin anda pernah mengalami situasi tersebut malah sering berulang. Sebaik-baiknya, pencegahan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan sebagainya, harus dimulakan sejak kecil, namun masih belum terlambat untuk dimulakan sekarang. Jangan lagi bertangguh atau menunggu sehingga anda mengalami sakit dada baru anda mengambil berat tentang kesihatan. Mula amalkan pemakanan sihat dan kehidupan aktif sekarang.

 Langkah 1 - Amalkan pemakanan sihat Sarapan - Kajian saintifik membuktikan jika anda memulakan hari dengan sarapan yang seimbang, anda boleh fokus, meningkatkan tahap tumpuan, kepintaran dan daya ingatan. Makan tengah hari - Jangan sesekali tinggalkan makan tengahari tidak kira sibuk manapun anda. Namun begitu, elakkan makan terlalu kenyang yang boleh menyebabkan anda berasa kembung, mengantuk dan tidak produktif. Makan Malam - Sentiasa ingat untuk mengambil makanan yang seimbang, pelbagai dan tidak makan berlebihan. Pulang awal ke rumah untuk makan makanan yang dimasak di rumah dengan ahli keluarga.

 Langkah 2 - Pilih makanan dengan bijak
 i Sentiasa memilih makanan yang disediakan dengan cara sihat seperti mengukus, membakar atau sup berbanding makanan bergoreng.

 ii Pilih makanan rendah lemak, gula dan garam.

 iii Pastikan ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian anda

 iv Elakkan mengambil terlalu banyak kuah, kerana ia biasanya tinggi lemak dan garam.

v Pilih makanan berasaskan bijirin penuh.

vi Pilih makanan tinggi serat. vii Minum banyak air kosong dan elakkan minuman manis dan bergas.

Langkah 3 - Jadi lebih aktif dengan bersenam.

 Langkah 4 - Pantau kesihatan anda Rancang jadual pemeriksaan kesihatan anda secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana anda perlu sentiasa mengetahui kedudukan tahap kesihatan anda. Anda juga boleh melakukan pemantauan diri sendiri seperti mengukur ketinggian dan berat badan supaya sentiasa dalam keadaan normal. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat pemakanan yang menarik, sertai kami di Karnival Bulan Pemakanan Malaysia 'Makan Dengan Betul, Jadi Aktif: Kekal Bebas Daripada Penyakit Berkaitan Diet' di Mid Valley Exhibition Centre (Hall 1) pada hari Jumaat dan Sabtu 3 dan 4 Mei 2013. Terdapat saringan kesihatan percuma, khidmat nasihat pemakanan oleh pakar pemakanan dan dietetik, aktiviti-aktiviti menarik dan banyak lagi. Jadi, bawa keluarga anda bersama dan sertai keriangan ini bermula jam 10 pagi. Untuk maklumat lanjut hubungi 03-5632 3301 , lawati laman Facebook kami atau layari www.nutritionmonthmalaysia.org.my Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130428/kn_02/4-langkah-gaya-hidup-sihat#ixzz2RvMIr8I8 © Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday 21 April 2013

Empat Hal Sebelum Tidur

EMPAT HAL SEBELUM TIDUR Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra. “ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

 1. Sebelum khatam al-Quran

 2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat

 3. Sebelum para muslimin meridhai engkau

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “ Bertanya siti Aisyah : “Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “ Rasul tersenyum dan bersabda :

 1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran ” Bismillaahirrohmaan irrohiim, ‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

 2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “ “ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x 

 3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau “ Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah “ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x ) ( Tafsir Haqqi) Wallahu a’lam bishawwab..

Sunday 14 April 2013

makanan seimbang untuk diet

 Makanan yg seimbang sgt penting dalam memastikan kesihatan yg sihat. Diet yg terbaik adalah datangnya daripada pemakanan yg seimbang. Sungguhpun begitu, pengambilan calorie haruslah berdasarkan betapa aktifnya anda dalah kehidupan seharian. Pengambilan calorie haruslah seimbang dengan tenaga yg digunakan. Bagaimana ingin mengetahui apakah pengambilan calorie cukup atau terlebih, terlebih dahulu kena mengetahui keperluan calorie seharian. Sungguhpun pengambilan calorie tidak melebihi keperluan calorie seharian, anda perlu pastikan segala calorie daripada pemakanan haruslah seimbang untuk tubuh badan menerima segala nutrisi yg diperlukan.



Diet secara sihat adalah daripada makanan yg seimbang, termasuklah:

1. Pengambilan Carbohydrate

Carbohydrate terdiri daripada sumber makanan berkanji, seperti nasi, kentang, bijiran, dan roti. Sumber carbohydrate yg baik adalah digabungkan sekali dengan bijiran. Hal ini kerana ia mengandungi serat di mana akan menjadikan anda kenyang lebih lama. Makanan carbohydrate ini seeloknya diambil segenggam tangan, kerana jika terlebih juga akan menyumbang kepada kenaikan berat badan.


2. Lebihkan memakan buah dan sayur-sayuran

Diet secara sihat boleh jadikan buah-buahan atau sayur-sayuran bukan sahaja boleh disertai dalam satu pinggan waktu pemakanan, malah ia juga boleh dijadikan sbg snek tambahan. Makan 5 kali dalam kuantiti yg sedikit adalah lebih baik untuk menurunkan berat badan. Malah 1 gelas jus buah-buahan juga dikira sbg snek diet yg menyihatkan.


3. Lebihkan protein dari bersumberkan ikan

Ikan adalah sumber protein yg mengandungi vitamin dan mineral. Ia juga mengandungi lemak omega-3 yg mana boleh membantu untuk mengelakkan penyakit jantung. Seeloknya ambillah protein yg tidak dimasak secara bergoreng kerana ia boleh mengurangkan pengambilan lemak, untuk mendapatkan diet yg sihat serta mampu menurunkan berat badan.


4. Kurangkan pengambilan lemak tepu

Lemak terbahagi kepada dua, lemak tepu dan lemak tak tepu. Lemak tepu akan meningkatkan cholesterol dalam darah, yg boleh menyebabkan risiko penyakit jantung. Ia boleh didapati dari makanan seperti butter, cheese cake, cream, dan biskut. Kurangkan mengambil makanan lemak tepu, dan biasakan ambil lemak tak tepu seperti minyak sayur dan minyak ikan dalam kuantiti yg sedikit. Untuk daging, ambillah bahagian isi dan buangkan bahagian lemak yg kelihatan.


5. Kurangkan pengambilan gula

Gula adalah sumber carbohydrate ringkas yg menyumbang kepada calorie yg tinggi. Pengambilan minuman dan makanan manis akan menyebabkan berat badan mudah naik. Gula didapati melalui buah-buahan adalah lebih baik daripada gula daripada makanan kerana tubuh badan hanya perlukan kadar gula yg sedikit utk berfungsi dgn baik.

Diet yg sihat daripada pemakanan yg seimbang membantu anda untuk mencapai berat badan ideal. Pemakanan seimbang bukanlah diet yg diamalkan untuk seminggu dua, malah ia adalah komitmen untuk mengekalkan kesihatan diri sepanjang masa.



Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks". Visit kevinzahri.com

Tuesday 26 March 2013

ayuh amalkan

Tujuh cara cuci hati

SUATU ketika seorang sufi (ahli ibadah) bernama Hatim al-Asham diminta penjelasan oleh Ashim bin Yusuf selepas tamat pengajian majlis ilmu yang diikutinya. Ashim ialah seorang ahli fiqih yang melihat segalanya daripada kaca mata syariah.
Ashim bertanya kepada Hatim: "Ya Syaikh, bagaimanakah cara kamu melaksanakan solat?"
Hatim sebagai ahli tarekat dan syariat menjawab: "Ketika masuk waktu solat aku berwuduk dengan dua wuduk iaitu wuduk lahir dan wuduk batin. Wuduk lahir itu syariat dan wuduk batin pula adalah hakikat."
Ashim sebagai orang yang banyak memberi tumpuan pada fiqih agak terkejut. Melihat keadaan itu, lantas Hatim segera menerangkan bahawa: "Wuduk lahir dilakukan dengan membersihkan anggota badan menggunakan air. Manakala wuduk batin pula, kita haruslah mencuci hati dengan tujuh hal iaitu:
1 Hati dicuci dengan rasa penyesalan (an-nadamah) - menyesal daripada pelbagai kesalahan dan kerana meninggalkan kebaikan. Sayyidina Umar bin Khattab r.a memiliki kebun kurma di Madinah. Pohon-pohon kurmanya berbuah dengan kualiti yang baik sekali. Alangkah bahagiannya hati Umar memiliki kebun tersebut. Beliau seringkali berjalan mengelilingi dan memeriksa hasil perkebunannya. Di dalam kebun itu juga terdapat satu sumber air.
Suatu hari, ketika Umar pulang dari kebunnya, beliau berjumpa dengan para sahabat lalu berjalan bersamanya. Umar bertanya: "Dari manakah kalian?" Jawab para sahabat: "Kami baru pulang daripada berjemaah Asar."
Dengan segera Umar berucap "Inna lilahi wa inna ilaihi rojiun. Jadi kalian tadi habis jemaah Asar? Masya-Allah, saksikanlah para sahabat. Aku ketinggalan berjemaah kerana kebun kurma ini. Maka kebun ini aku wakafkan kepada fakir miskin."
Inilah contoh yang harus kita teladani dalam hal penyesalan meninggalkan satu ibadah kebaikan. Bacaan taroji': Inna lilahi wa inna ilaihi rojiun merupakan ungkapan ketika seseorang yang berhadapan dengan cubaan dan musibah. Jadi suburnya kebun dan sumber air bagi Umar tidak lain hanyalah cubaan yang menimpa dirinya. Dan kalimat ini juga menunjukkan betapa penyesalan luar biasa daripada beliau akibat ketinggalan solat Asar berjemaah.
2 Hati harus dicuci dengan taubat (taubat nasuha) - iaitu dengan bersungguh-sungguh dan bertekad tidak akan mengulanginya. Jika perlu taubat itu disertai dengan puasa tiga hari sebagai bukti kesungguhan, selain membiasakan solat malam.
3 Hati harus dicuci dengan meninggalkan cinta dunia - Cinta dunia mengakibatkan perbuatan yang salah seperti menipu, curang, rasuah dan sebagainya.
4Hati dicuci dengan menjauhkan diri daripada sukakan kekuasaan (hubbur riyasah). Sesungguhnya kekuasaan sering menyibukkan manusia dan memalingkannya daripada Allah Yang Maha Kuasa.
5Hati harus dicuci dengan meninggalkan perasaan suka dipuji (hubbul mahmadah). Pujian seringkali menenggelamkan manusia dalam sifat keAkuan yang mengakibatkan kesombongan yang luar biasa.
6 Baiknya hati dicuci daripada dendam. Meninggalkan dan melupakan dendam kesumat secara automatik akan memberikan kepada seseorang itu ketabahan dan kesabaran menghadapi cubaan dan rasa sakit daripada orang lain.
7Baiknya hati dicuci dengan meninggalkan hasad dengki yang sudah pastinya sangat berbahaya. Bahaya hasad adalah seperti bahayanya api yang dengan cepat membakar kayu.
Kemudian Hatim menceritakan pula bagaimana cara beliau melaksanakan solat dengan kata-katanya: "Ketika memulakan solat, aku merasa Kaabah di depanku, syurga di kananku, neraka di kiriku, siratal mustaqim di telapak kakiku, dan Izrail telah menunggu di belakangku yang siap sedia mencabut nyawa."
Inilah yang dikatakan Qashrul amal (pendek angan-angan) iaitu semangat yang mampu mendorong untuk meningkatkan kualiti beribadat.
lPENULIS ialah pesara guru Yayasan Islam Kelantan.

Monday 25 March 2013

al-fatihah

Dr. Uthman El-Muhammady meninggal dunia


DR. UTHMAN EL-MUHAMMADY
KUALA LUMPUR 26 Mac - Tokoh Maal Hijrah 2005 yang juga pakar dalam bidang pemikiran Islam, Dr. Uthman El-Muhammady, 70, meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 malam tadi di kediamannya di Persiaran Duta di sini.
Menurut anaknya, Ahmad El-Muhammady, 35, bapanya meninggal dunia disebabkan penyakit jantung yang dihidapi sejak hampir setahun lalu.
Beliau berkata, bapanya sedang membaca di bilik bacaan sebelum ibunya menyedari Allahyarham tidak menunjukkan tindak balas ketika sedang berehat.
Allahyarham meninggalkan balu, Mariam Hussein, 65, serta 12 anak berusia antara 20 hingga 40-an.
Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dan dijangka dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam UIA hari ini. - UTUSAN